BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

itu aku yang rasa

jangan kata keadaan yang memaksa
-bila kenyataannya kita tak pernah faham
apa itu "hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih"

July 18, 2010

Master of Engineering (Safety, Health & Environment)

Mari2..aku nak habaq sikit hal ehwal penyambungan master..Manalah tau ada sape-sape yang berniat nak sambung master kan..Tapi cerita ni adalah seratus peratus dari kaca mata 'remaja' perempuan berusia 24 tahun yer..Ulang suara.."REMAJA perempuan berusia 24 tahun"

Aku pilih master by coursework dan bukan master by research. Sebab?? AKU MALAS..serius aku memang malas buat research..malas masuk lab, collect data, analyse, tulis report..repeat method, amik data baru, analyse lagi..ARRGGGHHHH!!! Boleh meroyan aku..So, aku amik coursework je..senang..pergi kelas, jawab exam, kutip pointer..Cet!! Cakap macam pro..

Ada sesetengah orang, terus sambung master lepas habis je amik degree..Tu memang semangat kental la tuh..Penat buat degree tak abis lagi, terus nak buat master..FUH!!!! Masih kah kau ingt masa degree dulu yang kau tido 5 minit je sebab nak siapkan assignment??? (TIPU..) Masih ada hati lagi ye nak sambung master? HUH!

Di sebabkan aku sambung kat UM, so adalah lebih afdal kalau aku cerita pasal UM je..kah3..Orang cakap, susah nak masuk UM ni..Issshhh!!! pandai-pandai je korang cakap susah kan..belum cuba belum tau dik oiii..Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan..(Tumpang lalu abg Karamm..) Untuk syarat kemasukan..Seharusnya, kalau pengalaman kerja kurang 5 tahun, haruslah pointer tu lebih 3.0 masa degree ye adik2..Tapi kalau dah banyak pengalaman kerja, pointer tu tak berapa penting sangat..kot....Pandai-pandai je aku..

Kalau rasa-rasa nak masuk semester Julai, Bulan Febuari tu dah kena daftar online and pos dokumen2 berkaitan ke UM...Korang boleh klik link http://ips.um.edu.my/ untuk daftar dan seterusnya buat la apa-apa yang patut..Step dia lebih kurang macam ni:

  1. Daftar online kat link yang dah di bagi kat atas tu
  2. Print slip pendaftaran tu dan antar bersama dokumen2 lain ke UM (Sila baca sendiri dokumen apa yg dia nak dalam link yg dah di bg kat atas tu)
  3. Tunggu sama ada di terima atau di reject tanpa belas kasihan..T____T..Dalam sebulan dah dapat jawapan
  4. Kalau jawapan nya DITERIMA, sila lah melompat-lompat...Eh,eh..Sila la sujud syukur..=)
  5. Siap sedia untuk hari pendaftaran..Kena wat medical check up, amik x-ray, kencing dalam botol, tangkap gambar tirai biru kat belakang, dan tinggalkan habuk je dalam poket..T___T

Yuran

(Duit,duit..di mana kau duit..) Untuk lebih feel, sila baca part yuran ni dengan muzik iringan lagu M. Nasir yer..Ni adalah masalah terpaling besar sekali bila nak sambung master..Sebab tu lah adalah wajar untuk korang berkerja sambil smbg master..Kalau dekat UM, semua kelas hari sabtu dan ahad je..So, takde masalah kalau nak keje..UM adalah antara universiti tempatan termahal kot kalau compare dengan yuran universiti lain..kot..Untuk 3 sem, total yuran lebih kurang 12 ribu gitu..Alaaa..apa nak risau, duit boleh cari..scholarship ke..poket pakwe sdn. bhd. ke, loan ke, keluar duit kwsp pun boleh..=)

p/s: Tetiba rasa malas nak taip, so entry berhenti kat sini je lah..kah3

6 comments:

Azreen said...

Iyo lah. Beb! next Intake Feb ni ke??? aluyai... lame lg la aku nak kne berkampung kat kedah ni. Xp ia xkan jadi kenyataan klo aku still kat kedah lg. Reason:
1) waktu weekend x sama (Kedah Jumaat sabtu)
2) Padang jarak padang tekukur la beb.
So, aku kne cari kijer kat area KL la gamoknyer...

Well Azreen, start planning! (asyik planning je, bila nak action ni!!!)

:dominasituasi: said...

Disember intake pun ada..tp x sure tarikh tutup dia..try la usyar kat web UM..chayok ma!!!

ayong7777 said...

salam...saya pon tgh pk2 gak nk amik master kt um neh...agak2 anggaran satu sem berapa erk?dah puas cari tp xjupe plak fees kt website um. dulu degree awak amik apa erk? sy berminat gak nk amik master SHE neh

:dominasituasi: said...

dulu saya degree environmental..satu sem kalau 4 subjek lebih kurang 4500

TheShida said...

thanx...ur entry really helpful... nk tanya, 1 sem brapa subject? kelas dr kul bp ke pkul bp?

ingt tahun dpan nak sambung...tp keje hr sbtu...so nak plan awal2 mntak kat bos cti ari sabtu klo ada kelas hr sabtu

:dominasituasi: said...

owh..terpulang pada kita nak ambik berapa subjek..kalau nak habis cepat, amik la subjek byk2 satu sem..satu subjek kelas dia 3 jam..tgk la jadual sem tu macam mana..