BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

itu aku yang rasa

jangan kata keadaan yang memaksa
-bila kenyataannya kita tak pernah faham
apa itu "hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih"

August 12, 2010

Bilik exco 3

Tak..tak..ni bukan cerita seram..eh, maybe seram sikiiiit je..kanak-kanak bawah 13 tahun hendaklah ditemani dengan orang dewasa..ibu-ibu mengandung pulak dinasihatkan baca sambil baring atas stroller.

Bilik exco 3 ni menyimpan banyak rahsia gelap, suram, muram..Oh ya, biar aku bagi mukaddimah dulu..Supaya lebih afdal orang cakap..Masa dekat sekolah dulu, masa form 5, aku yatie ngan fizah tergolong dalam insan-insan bertuah yang terpilih untuk jadi exco..eh, terpilih ke kita volunteer ha? kah3..apa2lah..yang penting kitorang ni exco lah kiranya..Bila dah jadi exco, kena lah duduk bilik exco..apa kelas duduk dengan orang bawahan..kah3..so, kitorang duduklah bertiga dalam bilik tuh walaupun ada 4 katil..satu lagi katil tu adalah stor kain baju ijah sdn. bhd.

Yatie adalah exco DISIPLIN..ulang suara..DISIPLIN..memang sesuai sangat la dengan dia..yatie ni secara luarannya memang nampak garang..budak laki pon memang takut habis dengan Yatie neh..Tugas yatie tak laen dan tak bukan adalah...rampas harta benda budak..pastu guna dalam bilik sendiri..kah3..memang hampasgas..kau rampas walkman budak, pastu ko dengar dalam bilik..lepas tu kita sendiri bawak kettle..padahal mana boleh bawak barangan elektrik..aku ingat lagi, kettle tu bapak la besau nya..bila nak isi air, kena cover2 letak dalam baldi..nasib baik la bilik kita strategik..sebelah jamban je kan..kah3..tu lah tugas yatie secara keseluruhan.

Fizah bulak adalah ketua aras 3..wow2..macam gah la bunyinya..kah3..fizah memang memainkan peranan yang penting..dan peranan dia bertambah penting menjelang pukul sebelas..masa tu lah kita dengar suara sayu dia.."dorm sebelas tutup lampu..dorm dua belas tutup lampu.." atau dalam bahasa mudahnya, tugas fizah adalah tolong menjimatkan elektrik asrama kitorang..save the nature orang cakap..lain-lain tugas jugak, adalah jadi mandur masa hari gotong royong, and pantau penyusunan kasut budak-budak ni..Kalau ada je kasut yang tak duduk atas rak, memang kena sepak..tapi kalau mood baik sikit, kena pijak je.

Aku. Ehem2..Aku tak lain tak bukan adalah exco pendidikan..pendidikan ye adik2..kah3..hampeh tol..memang super tak layak la..tapi ok lah kan..takkan nak jadi exco dakwah pulak..jahanam pulak akidah budak2 ni kang..so, apakah tugas exco pendidikan?? Secara misi nya adalah untuk memastikan semua student dapat A..macam mana nak pastikan semua dapat A? pastikan diorang ni study..macam mana nak pastikan diorang ni study?? itulah yang aku lakukan..check dorm satu-satu time prep..nak pastikan takde orang yang bersembunyi dalam loker, bawah katil, atau yang kental tu selamber ke tidur..So, aku dengan dedikasi nya akan amik nama diorang dan bagi kat warden..Urrggghhh...Tak best tau..sebab semua budak pun benci aku..poyo je nak amik nama orang..penat bulak tu nak round asrama..hari2 okeh..ada satu kejadian tak di ingini berlaku..masa aku melawat satu dorm ni, aku nampak ada sorang budak dari luar tingkap..tapi bila aku masuk, bilik tu kosong..pelik dah ni..lepas tu aku nampak benda putih bergerak2 bawah katill...sah!! budak ni tak pandai menyorok..aku pun apa lagi..terus set up muka garang..budak form 1 okeh..dah pandai nak main nyorok2..Masa aku panggil dia jumpa dengan exco yang lain, dia boleh bagi alasan yang dia nyorok sebab dia nampak hantu..walawehhhh!!! ko cakap aku hantu!!!!! memang aku terus naik hantu lepas tuh

Aku, yatie n fizah adalah 3 orang yang berlainan personaliti..chewah..Biasanya, cleaner tetap bilik ni tak lain dan tak bukan adalah yatie..Bukan setakat bilik je, katil aku pun dia kemas kadang2..bukan setakat kemas je..kadang2 aku tengok baju aku pun dah siap lipat..mana nak cari member macam ni weh..aku pulak memang dah secara lahiriah nya malas..so, semua benda asal boleh je lah..Kalau perlu, aku tido je atas kain2 baju tu..kah3..Fizah pulak seingat aku, jarang ada kat bilik..dia selalu lepak bilik study..T___T..kalau dia ada kat bilik pun, x sampai seminit dia dah tido..ZZZZ..

Rule of the room is, kitorang tak boleh bagi orang luar masuk sesuka hati ke dalam bilik..Nama pun bilik exco kan..mesti lah nampak ekslusif..bilik kitorang siap ada sofa lagi you..eh atau aku patut panggil kerusi rotan berkusyen je..kah3..bilik kitorang pun memang vogue la..tu pun selepas yatie design kitorang punya 'wallpaper'..kah3..berpeluh2 aku ngan ijah nak lekat satu2..aku ada gambar, tapi nak kena scan dulu..nant lah aku update k..walaupun bilik ini tak semua orang boleh masuk, tapi geng2 struggle mesti la boleh kan..samsina la pengunjung tetap..sebelum pegi jamban singgah bilik kitorang dulu, lepas pegi jamban singgah lagi..Hanis pun sama..suka sangat masuk bilik ni..seolah2 ada aura yang menarik diorang..ceh! padahal diorang datang sebab nak gunakan bilik kitorang untuk skodeng budak lelaki mandi pakai spender..demn..tercemar reputasi kitorang..kah3..bajet kau x skodeng la?

Tapi rahsia besar bilik exco 3 akan di reveal sekarang..T____T..Di sebalik nur dan ke'vogue'an bilik exco 3, tersembunyilah satu penghinaan buat kitorang selaku punghuni bilik neh..nak cerita pun malu..umpama membuka pekung di dada gitu..tak taulah di mana salahnya, bilik yang suci ni juga menjadi bilik kepada LIPAS..oh, tidak..pergi sekolah bedak 2 inci tapi dalam bilik ada lipas!!! maknanya bilik kau kotor la kan..maknanya kau pengotor la kan..EEE!! tensen mak..kitorang menjerit2 masa malam kejadian..malam pertama kitorang jumpa lipas tu..atau nickname nya.."isteri"..motif bagi nickname isteri??..ntah..rahsia ni memang kitorang simpan..sebab taknak jatuh standard dengan bilik exco lain..lagi2 bilik exco 2..bilik exco 2 ada ana..ana exco apa yer? aku lupa lah ana exco apa..exco riadah mungkin..tolong jawab di ruangan komen..

Oh ya, kitorang juga pernah pedajal bilik exco dua..kah3..ada satu malam tu, bilik kitorang di masuki oleh riang2..kau tahu riang2 macam manakan?? yang terbang secara random lepas tu ada bunyi bising gler tu..annoying okeh..lepas tu kitorang pun berkerjasama lah kononnya nak tangkap riang2 neh..tak tahu la sape yang dapat tangkap..lepas tu apa yang kitorang buat, kitorang baling riang2 tu ke bilik ana..kah3..meroyan la diorang..kah3..memang gelak nak mati rasa..Sori ana, riang2 tu BUKAN masuk bilik korang secara kebetulan..

EH, macam panjang giler lah entry ni..kah3..syok sendiri pulekkk..tapi aku bercadang nak buat sequel..kah3..

p/s: seram kan entry nih?

2 comments:

Anonymous said...

kahkahkahkahkah !!!!

isteri sudah terbongkar....ana bace ke belog neh??

sian ana....xblh blah dgor dorg jerit2.....ngan jannah kan hahhaha

pas tu kite wat2 xtau pape hahhah

kat atas bumbung bilek kite ade bende duduk kan??....tulah efek seram yg dipotong finas hahhaha

dlm sequel masukkan crite pasal lubang di syiling !!

aku nak story tapi sebok ngat nyah

:dominasituasi: said...

dia baca.aku dah reveal kat dia..alamak, aku dah lupa pasal lubang tuh..ko la cerita