BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

itu aku yang rasa

jangan kata keadaan yang memaksa
-bila kenyataannya kita tak pernah faham
apa itu "hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih"

February 25, 2010

2: KEKASIH DAN CINTA

Esok 12 Rabiulawal, kenapa?? apa?? siapa xtahu?? xkan masuk kelas MORAL kot mase primary skool.....readers non-muslim dimaafkan tanpa syarat. Persoalannya…..kenapa aku sebak taip isu ni? Xkan sebab tajuk die tertempias pade aku kot(jika dibace secara waras, xpayah gune reading between da line)…..maybe haha !!. Berbalik kepada jiwa sebak, tengah hari smlm aku dgr radio, mcm biase ceramah agama sblm zohor. Entah knape aku yg tgh basuh pinggan mase tu rase nak mengalir air mata. Mungkin nada ustaz tu bercerita secare berkesan kot. Rase tertampar hati kecil lantas ade air kat mata. Nasib baek mak xde kat dapor mase tu, tgh bakar ikan. Apa cer??

Berbalik kepada tarikh esok, kelahiran kekasih Allah dan pada tarikh tu juga lah baginda wafat meninggalkan umat yang belum pernah ditemui tapi disemai cinta abadi. Perginya bukan meninggalkan harta yang sedikit buat kita, ketika di saat ajal menjemput…..umatku jualah dihatinya. Kate ustaz yang berkobar2, jika di saat Baginda Rasullah Nabi Muhammad S.A.W hendak diambil nyawanya pun masih mengingati kita, knapa kita tidak boleh melakukan perkara yang sama?. Bukan lah bermaksud kita dituntut mengingati baginda di saat kematian seperti yang dilakukan baginda demi mewujudkan situasi adil. Cukuplah sehari kita berselawat kepada baginda 10x dengan tawadduk(ingat !! tawadduk). Lebih baik setiap hari. Xpayah pakai duit pon, tenaga pon x rasenye, kalo ade ulser kat mulut blh dalam hati, kalo suara sengau2 pon xpe. Xpayah berlagu yg sedap2 sgt ustaz kate.

Pada pendapat aku la, bila kita melafazkan selawat 10x secara tawadduk tu kita mengenang baginda dan kepayahan yang dilalui sehingga berjaya meletakkan kita pada kedudukan yang baik disisi Allah…..umat Nabi Muhammad S.A.W. Aku belum cukup alim rasenye untuk berdakwah dengan tudung labuh bagai. Tapi aku rase medium ni mungkin permulaan utk aku cuba. Kate ustaz lagi, ade kelebihannya kalo kite amalkan sunnah nabi ni nak2 plak selawat 10x sehari ni. Ustaz tu kate lagi, kalo malas sgt la…..cukup lah sehari 10x tu jika kita tahu apa itu tawadduk semasa mengucapkannya. Fadhilatnya yang menyentuh hati aku smpai bergenang tu.

Pertamanya, malaikat Jibril yakni malaikat paling berpengaruh bak kate ustaz telah berjanji pada Allah, jika ade umat baginda yg berselawat waima 10x kepada baginda maka aku akan memimpin tangannya dan menyeberangi titian siratulmustaqim sepantas kilat, ya Allah layakkah aku??. Keduanya, malaikat Mikail pula membuat janji, jika dilakukan perkara yang serupa maka Mikail akan memberi minum kepadanya semasa hari pengadilan supaya tidak kehausan, disaat ade umat yg lain meminum air nanah dan sebagainya. Ketiga, malaikat Israfil berjanji akan sujud kepada Allah dan tidak akan bagun sehinggalah Allah mengampunkan dosa si pengucap selawat dengan penuh tawadduk tadi. Yang keempat dan terakhir, malaikat Izrail juga turut berjanji akan mencabut nyawa umat itu secara lemah lembut namun bukanlah dijanjikan tiada kesakitan kerana di saat baginda menghadapi situasi tersebut baginda juga tersentak sedangkan kita tahu betapa tidak sanggupnya Izrail melihat saat nyawa Baginda Rasullah dipisahkan dari jasadnya. Akukah antara umat yang dijanjikan kelebihan2 itu??

Kenapa kita suka tanya jawapan??.....jujurnya solat aku pon masih berterabur, kalau aku mengejar kelebihan2 di atas tanpa melaksanakan yang wajib, apa yang aku blh katakan jgn harap la !!.....bkn nak memandai2 menjatuh hukum tapi tu lah hakikatnya. Di kesempatan ini aku nak menjemput anda2 semua, marilah kite berubah demi kemaslahatan bersama sikit2 lame jadi bukit pun xpe, bendanye senang tapi malas so tepat sgt la kalo aku katekan hendak seribu daya, xhendak seribu dalih. Salam Maulidurrasul buat semua !!~~selawat jom.....

0 comments: