Mari mengenal ahli struggle lagi dua orang..=) Mereka berdua ni sebenarnya dah agak jauh membawa diri..sob..sob..Jarang sangat dapat jumpa diorang...Raya pun kadang-kadang je dapat jumpa..Aku rasa aku pernah 2tahun lebih tak jumpa samsina..Abang dia kahwin pun aku tak tau..Demn..Member apa macam ni? Ana pulak, dia mengamalkan cara hidup nomad (sila bukak kamus kalau tak tahu) Sekejap dia kat Dungun, Sekejap kat Jengka, Sekejap Kat Kelantan, Sekejap kat Nilai, Sekejap Kat Shah Alam...See..Susah nak catch up dengan dia..Ceh! Alasan
Samsina a.k.a Sham

Gambar tangkap sendiri ek syam? ahaha
Kitorang sangat rapat masa sekolah seingat aku..Walaupun samsina ada skandal dengan perempuan berbahu tough masa tu, tapi takpelah..itu kita cerita lain kali..Samsina ni tak boleh cover perasaan..Kalau dia terasa, memang jelas kat muka dia yang dia terasa..So, dia agak senang untuk di handle..Nampak je dia nak terasa..cepat-cepat la tukar topik lain..Samsina masa sekolah dulu kurus sekeping..sebab dia cepat makan dan cepat 'buang'..(petua kurus ye adik-adik)..Ada sekali tu masa kitorang camping dekat Kedah..Kemudahan jamban kat camping site tu sangat menyedihkan..taik di mana-mana..berbagai bentuk dan rupa..bau tak payah cerita la..Camping site tu berbukit-bukit..Jamban dia pulak memang jauh atas bukit..Dan jamban di atas bukit tu pulak hanya lah mangkuk jamban semata-mata..takde air nyah..agaknya dia nak aplikasi konsep berak and go..So, berbalik kepada sifat samsina yang suka membuang sebaik je lepas makan..Kita makan berapa kali sehari? so kira lah berapa kali kitorang terpaksa turun naik bukit dengan air dalam baldi..HUH!! timbul segala urat-urat kat lengan, kat betis, kat dahi.. Samsina jugak adalah pompuan yang sangat sempoi walaupun cantik..Dia takde nak cover-cover ayu..Oh, ya..seingat aku definisi handsome samsina adala sangat.....pelik..T____T
Ana a.k.a Shazana Khalid

ana, apsal buat peace???peace untuk budak 5tahun ke bawah je
Aku kurang memahami Ana..Yang aku tau, dia sangat branded..Tak maen la handbag gucee..Kadang-kadang kitorang rasa macam kecut perut jugak bila nak keluar shopping dengan dia..Kena tukar duit sepuluh tringgit ke duit seringgit dulu..Biar walet nampak tebal..Bila wallet tebal, baru lah yakin nak masuk Zara ke Topshop ke..T____T..Dulu time sekolah, ana jenis yang kuat sentap..Kalau tak ajak dia pergi dewan makan sama-sama, dia akan merajuk..pastu taknak jalan dengan kitorang dah..T___T..why ana?? why??!!! Kitorang bukan sengaja taknak ajak ko pergi dewan makan sama-sama..Tapi terlupa.....maklumla..ahli geng ramai sangat..Yang pura-pura ahli geng kita pun ramai masa tu..Oh ye, Ana pun sangat pro bab math..Aku yang dungu ni selalu jugak lah merujuk kepada dia..Thank Ana..Tapi addmath aku dapat C5 je..T___T
p/s: Perlukah aku bagi description A'aa?

0 comments:
Post a Comment