BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

itu aku yang rasa

jangan kata keadaan yang memaksa
-bila kenyataannya kita tak pernah faham
apa itu "hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih"

July 6, 2010

5 CARA menangani pakwe panas baran~

"BIADAP!!!!" pakwe anda menengking bila anda tak sengaja makan kulit ayam KFC yang dia sengaja simpan sebab nak makan last-last..Mesti korang sentap kan bila kena tengking secara tiba-tiba..Tak cukup dengan tu, pakwe korang mengeluarkan amaran pulak.."KALAU KAU MAKAN KULIT AYAM AKU LAGI, AKU BELASAH KAU!!" owhhh..bertambah sentap kuasa dua la korang..

Tak dinafikan, ada sesetengah makhluk yang memang di lahirkan baran sejak azali..Mungkin penyakit tu di warisi dari keturunan-keturunan pahlawan (RENTAP?) atau berjangkit dari rakan sebaya..Aku pun tak pasti..Sebagai pompuan insan yang lemah, tentulah korang berasa halus hati bila di tengking-mengking kan..so?? what to do...

  1. Beri renungan tajam
Bila dia start je keluarkan suara high pitch dia, cuba korang lontarkan renungan tajam tepat ke arah mata dia..Kalau boleh masa renung tu jangan berkelip..Untuk lebih drama, cuba ketap-ketap bibir sikit..bonus untuk sesiapa yang ada gigi taring berlapis..Tunjukkan taring korang tu ke arah dia..Kalau tak pasti macamana nak tunjukkan taring, sila rujuk pada edward cullen..Renungan tajam ni boleh mematahkan semangat dia untuk mengamuk dan maki hamun..Pernah dengar ungkapan dari mata turun ke hati??


2. Buat Bodoh

Kalau korang bagi renungan tajam sambil ketap-ketap gigi tapi masih takde perubahan dari pakwe panas baran itu, sila lah buat bodoh..Kalau masa kejadian korang tengah makan, teruskan je makan dengan bersungguh-sungguh..Biar je dia marah sorang-sorang..Kalau korang tiba-tiba sentap dengan apa yang dia cakap tu, buat-buatlah tersedak dan semburkan sume nasi-nasi, atau mihun goreng yang tengah korang kunyah tu tepat ke muka dia..Tapi, kalau boleh target, target je kat mulut dia..Lepas tu jangan lupa mintak maaf.

3. Nangis


Kalau kedua-dua cara tak berkesan..Maka nangis je lah..Kalau tak rasa macam nak nangis, cuba jugak nangis..Lagi kuat korang menangis lagi bagus..Kalau ada effect hentak-hentak kaki memang superb..Tapi pastikan korang still maintain cun..Jangan biarkan hingus hijau meleleh-leleh masuk mulut..Sape-sape yang pakai eyeliner tak waterproof tu, tadah air mata dengan tisu awal2..


Cara ni sememangnya berkesan untuk buat lelaki sejuk, takut dan fade-up.. Bukan kah air mata tu senjata wanita??? Kalau dari dulu diorang hantar wanita pergi berperang, nescaya banyak duit kerajaan kita boleh save..T_____T

p/s: Tak tau 2 lagi cara..sebab biasanya aku buat sampai cara no 3 je

1 comments:

AmIrA_27 said...

hehe..cara ke 3 memg aku sokong..aku slalu wat mcm tu time bf aku marah..mmg BERKESAN.