BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

itu aku yang rasa

jangan kata keadaan yang memaksa
-bila kenyataannya kita tak pernah faham
apa itu "hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih"

July 7, 2010

Ludahkan..Muntahkan..

Secara teori nya perempuan lagi senang untuk express apa yang dia rasa kan?? Tak kisah la dia express dengan kadar yang over atau mild je..Contohnya, kalau perempuan ni marah, dia pun mula la main baling-baling barang..baling baju, baling bantal, baling pasu..Tapi kalau lelaki marah, dia senyap je..Tau-tau dah kawen laen kat Siam...^%^#$%€$%#

Sebenarnya, bukan semua benda kita perlu luahkan..Ada sesetengah perkara elok lah kita sorang je yang tau..Contohnya kita minat dekat pakwe kawan kita..Tak perlu lah kau gatal-gatal nak bagi tau dia..Tapi kalau kau memang spisis kak fasha, sila lah bagitau yer..Tapi kalau hal yang berat-berat..elok lah share..sharing is caring..kalau pendam sorang-sorang pun tak elok jugak kan..Nanti mula la meroyan..

Bila nak luahkan, cari lah orang yang sepatutnya..sebab tujuan kita cerita,nak ringankan sikit beban kita kan..Kalau aku, ada dua je makhluk yang aku biasa cerita hal-hal personal ni..first, mesti lah cerita kat kekasih...walaupun cerita kat dia samalah macam cerita dengan dinding..sabor je la nyah..Second pulak, mesti la cerita kat yatie..hehehe..jangan tanya kenapa aku tak cerita kat mak aku...T___T

Aku rasa amat jarang sekali la orang cerita masalah diorang kat aku..kenapa ye?? Rasa-rasanya macam tak pernah pulak orang buat sesi kaunseling dengan aku..Kalau problem yang light2 tu adalah..Tapi kalau problem-problem masyarakat macam mengandung anak luar nikah ke..part time GRO sebab nak duit lebih ke..takde pulak yg bercerita dari hati ke hati dengan aku..T___T..Aku selalu gak praktis buat ayat-ayat hikmah untuk orng yang cerita dengan aku hal-hal berat macam ni..tapi takde pulak..ummm..takpelah

Biasanya, aku lah yang terpaling lambat sekali tahu masalah-masalah dalam geng...(eh, ana lagi lambat kot..kah3)..kalau kat rumah sewa pun, cerita tu dah basi baru lah aku tau..tapi aku tak kisah pun sebenarnya..sebab kadang-kadang aku tak alert dengan apa yang berlaku kat sekeliling aku..aku tak pandai nak baca air muka orang..tak reti nak tunjuk caring kat orang..eh, macam mana ek ayat caring..takkan nak cakap.."EH, AKU TENGOK KAU MURAM JE DUA, TIGA HARI NI, KAU ADA MASALAH KE?" ceh, sebijik macam ayat cerita kisah benar kat TV3.

Tapi tu bukan lah bermaksud aku tak caring dengan kawan-kawan aku..kalau aku boleh tolong, aku tolong..kalau tak boleh tolong, aku diam je lah..takkan la aku nak nangis pulak bila diorang cerita masalah kan..macam drama lah pulak..ataupun, takkan nak buat-buat terkejut bila diorang cerita...contoh ayat: "APA???KAU TERLANJUR??"sambil berdiri and cekak pinggang..ni bukan slot samarinda..so, ayat biasa yang aku akan cakap lepas dengar cerita masalah orang ialah.."ye ke?" T___T..ummm..mungkin orang berharap ekspresi yang lebih kot..lepas ni aku akan lebih bersungguh bila dengar masalah orang..kalau perlu jegil mata, aku jegil..takde hal

p/s: aku ada masalah kewangan..T__T

0 comments: