BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

itu aku yang rasa

jangan kata keadaan yang memaksa
-bila kenyataannya kita tak pernah faham
apa itu "hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih"

March 1, 2011

101 days to go!

Ecececehh..menghitung hari nampak...kah kah kah..


Jangan tanya pasal persiapan kawin..yang itu kita skip dulu..Sekarang aku tengah rancak survey rumah..dan jugak perabot IKEA..kah kah kah..woi2..ini sudah melampau..belum halal lagi dah sibuk nak cari rumah..G.A.T.A.L..

Mengapakah barang IKEA ni sungguh berhantu..bila tengok katalog rasa macam kena beli semuaaa!!!! Hahahaha..aku takde perkahwinan impian..tapi kalau rumah impian aku ada..Sebab tu la barang2 kawin semua aku bantai je..ikut je la nak buat macam mana pun..tapi kalau rumahhh..memang kena pikir betul-betul.

Disebabkan sof tu busy nak mampus, selalu keluar daerah gitu..so, wajiblah rumah itu nanti ada pak guard..demn, bukan maksudnya aku nak tido dengan pak guard..tapi safety first omputih kabor..Dan rasa-rasanya tempat pilihan adalah area Shah Alam..easy access..chewah..

Beberapa perkara selepas perkahwinan pun aku dah tanya sof awal-awal..bukan nya apa..kena la tanya dulu..nanti takde lah lidah tergigit ke apa..eh?? hahaha..aku dah tanya, selepas berkahwin, boleh tak kalau aku nak meroyan denngan member sampai tak balik rumah...hahaha..gler punya bini..maksud aku, kalau tetiba aku nak melancong ke..chewah..mana tak nya, tiket perlancongan aku dah beli sebelum kawin..tiba-tiba lepas kawin dia tak bagi pergi, kan haru!!!

Yeay!! secara indirect aku dah dapat keizinan untuk meroyan..aku paksa dia setuju..sekurang2nya nanti kalau aku betul2 nak mintak permission pergi melancong, aku boleh ungkit yang dia dah setuju sebelum kawin dulu..hebat tak persediaan aku??kah kah kah..ni lah akibat kalau belum puas enjoy dah nak kawin.

p/s: raya tahun ni balik mana la agak nya ek?

February 21, 2011

Tuhan Itu Adil

Memang sesetengah manusia ni, dalam darah daging dia ada je sifat cemburu..Tak boleh orang lain lebih sikit dari dia..Tapi, sebenarnya dalam dunia ni, takde yang lebih dan takde yang kurang..Tuhan dah bagi nikmat tu sama rata..Kalau kau lebih bab ni, mungkin kau kurang bab lain..Contohnya, kalau kulit muka kau putih melepak licin gebu, tapi mungkin betis kau lubang-lubang parut kudis buta..contoh la..contohh..

Benda yang aku capai sekarang, bukan mudah aku nak dapat..Tapi alhamdulillah, rezeki aku murah bab kerja ni..Mungkin sebab tuhan dah tarik dari aku nikmat lain, jadi tuhan lebihkan rezeki aku..Alhamdulillah..Bukan senang membesar tanpa kehadiaran mak..eh, mak aku ada..cuma macam takde..ada mak, tapi tak boleh nak bercerita masalah..tak boleh nak share cerita-cerita..tak boleh nak buat benda-benda yang macam mak selalu buat dengan anak perempuan dia..bukan senang..

Bila dengar cerita orang yang baik sangat dengan mak diorang..aku jeles..boleh gosip2 dengan mak sendiri..boleh nangis2 depan mak..aku nak nangis depan mak aku?? silap2 mak aku nangis 7 hari 7 malam dulu kot..Payah nak berpura2 dalam rumah sendiri..Ada masalah gler besar dalam kepala pun kena berlakon macam baru dapat duit 2 juta..Huh!!

Sebenarnya, aku tak lah bertuah sangat macam yang orang lain sangka..aku lalu banyak benda sebelum aku bolh hidup macam hari ni..cuma aku tak cerita dengan orang je..sebab tu orang ingat aku ni bernasib baik la..bertuah la..beruntung la..jadah la..

Tapi, aku dari zaman remaja-remaja (chewahh) memang aku suka benda yang branded..Aku lagi rela pakai barang yang takde brand lansung dari pakai beg prado..Dulu aku wat part time kerja sebab nak beli jeans LOIS dengan Baby-T Nike..memang puas hati laaa masa tu kan..Dan sampai la ke hari ni, aku tetap jugak nak cari benda-benda branded yang aku mampu..yang aku tak mampu tak payah cakap..belum sampai tahap tu lagi..

Tapi bila aku selalu beli barang yang macam poyo-poyo mahal, orang expect aku tak kisah nak habiskan duit..Haishh!!! Aku ni terer menguruskan wang aku dan uga wang orang lain (soft)..hahaha..aku akan beli ikut kemampuan..aku ada peruntukan untuk shopping tiap2 bulan..bukankah shopping tu sejenis theraphy?? setiap bulan kita bagi duit kat mak ayah, settle bil, bayar hutang,tapi takkan takde reward untuk diri sendiri kan..Kena lah ada jugak sepasang dua...Eh??

Tapi aku memang akan berbelanja within the limit..Shopping dengan kawan-kawan perempuan memang seronok..tapi kadang-kadang bila bawak kawan perempuan ni, sesetengah tu tak tolong kita untuk berjimat cermat..Kalau aku tanya kasut harga seratus, dia hasut suruh amik kasut harga 3ratus..zzz...agak2 la kawan..Bila aku suruh ko amik kasut tu, tau pulak ko taknak sebab mahal..ZZZZ...apa punya kawan la..

Aku tertanya-tanya masa depan aku macam mana..Aku jadi suri rumah ke..atau pun aku dah kumpul kasut jimmy choo ke..Ataupun aku still pakai kasut Vincci je ke..Semoga rezeki aku bertambah murah..Amin..=)

p/s: Entry ni di tulis dengan penuh kasih sayang





February 17, 2011

Sebak di Nilai



Perjalanan mereka panjang...Tapi cerita aku bermula pada hari Isnin yang hening..Oh, kita rewind sikit..pada malam isnin yang seram..Huh!

Selepas makan secara lupa diri dekat stimbut wangsa maju, kami kawan-kerawan pun bertolak balik ke rumah sewa aku di Rawang..atau lebih spesific nya Kundang..Dengan plan di dalam jiwa bahasanya esok nak pergi Nilai..cari barang kahwin..sape nak kahwin??

Rumah bau kucing walaupun kitorang tak bela kucing..creepy okeh..aku syak tu bau semula jadi rumah tu..so, jangan tegur..lantai berpasir..sebab sapu lantai 2 tahun sekali..bilik tidur aku kecik tapi comel..So, keputusan sejagat 3,3 orang tido dalam bilik aku yang comel..Maka nya, semua perabot terpaksa di bawak keluar..Owh..inilah namanya pengorbanan kawan2..kah kah kah

Lepas tidur gaya bebas malam tu, keesokan hari nya masing2 kebuluran..sorry, rumah aku ada maggi tapi takde air panas..air paip ada..huh! So, lepas bersiap-siap packing barang n menyediakan space dalam kereta..Kami pun menuju ke Domino's Rawang..Walaweh...mokcik yang jaga kaunter amik order tu okeh...bapok la lamanya nak amir order..Nasib baik kitorang je customer dia, kalau ramai, mungkin dah berbaris lipan tujuh belas pusingan..Sabor je la..

Makan sampai nak termuak-muak..Domino's kan banyak roti..semua pun nak berasaskan roti..roti..roti..roti..ditambah pulak ada customer lelaki poyo baru sampai yang muka dia pun macam roti..tak selera nyahh..last2 tapau je mana yang tak habis..

Domino's!

Bergerak ke Nilai bebeh!

Perjalanan okeh..tarak sesat..minyak pun ada 2 bar..tapi tetap kompiden gitu..pusing2 sikit..dah sampai..Yahooo!!! Malangnya takde gambor kat Nilai..Sebab tangan dah kejang bawak barang..tumit dah sakit berjalan..suara dah takde dek kerana tawar harga tak hingat..ceh, hyperbola!

So barang yang dah beli:
  1. Pasu bunga 2 ketul
  2. Bunga plastik untuk pelamin
  3. Bunga telur 100 bijik
  4. Bantal Hantaran 14 bijik
  5. Bantal pelamin 6 bijik
  6. Reben suka ria..beratus2 meter
  7. Kad thank you
  8. Pasu nak cucuk bunga telur 2 ketul

Terus feeling2 nak kawin bila ada bunga telur..Kah kah kah..Aku amat berpuas hati dengan pemilihan yatie dalam beli barang..Memang ko boleh bukan D' Yatie...tak pun Andaman Kasih Yatie..Hahahaha..Yatie cerewet tapi rasional..i loike!!! (Tangan di dada, mata ke atas)..Balqis masa ni dah mesej2 valentine dengan kavi..aku malas nak tegah..besar pahalanya mengajak saudara baru..Maklumlah..dulu Balqis memang ada cita-cita nak pakai purdah..ulangan..purdahh..

Tragedi bermula bila nak balik semula ke KL...minyak kereta dah start berkelip..signboard plak macam haram..station minyak seketul pun takde..Daripada kitorang nak masuk PLUS..tetiba termasuk highway LEKAS..bodoh punya signboard..Dengan doa yang padu, kitorang cuba sedaya upaya untuk mengurangkan consumption minyak kereta..aircond dah tutup, nukak tingkap je..lepas tu tahan nafas..dengan harapan jisim masing2 jadi lebih ringan..hampeh..

Malang tak berbau..

Di saat sesat dan takde minyak tu, hujan turun selebat2 nya!!!!! Ya Allah..dah lah tak pasang aircond..ber wap je dalam kereta tu sampai tak nampak jalan..aku dah start hangin satu badan..nak tak nak kena exit Kajang..padahal haram jadah aku tak tau jalan Kajang..Dengan hujan lebat ribut petir angjin taufan tsunami tu, balqis mengorbankan dirinya..Dalam lebat hujan dia lari-lari anak pergi tanya adik kedai mana pump station paling dekat..

Pung pang pung pang..sampai jugak ke SHELL...rasa nak cium je bangla jaga pam bila nampak pump station tu..Tapi kadang2 orang yang design pump station ni bebal jugak..buat atap ciput..hujan dah la lebat giler..dengan angin sulawesi mana ntah..isi minyak 2 minit, kuyup nyah!!! lembik muncung tudung ariani..kah kah kah kah..kredit kepada yatie yang pasrah offer diri pergi isi minyakkk..

Yatie berkorban demi kawan-kawan

p/s: Korang kahwin nanti, aku pulak offer diri dalam hujan..kah kah kah

January 31, 2011

Besday kau & Luahan perasaan aku

Hepi Besday Yatie!!!!


Dah tak lama nak 3 series..mungkin ko dah patut beli eye cream dan minum anlene..kah kah kah..mungkin juga dah tiba masanya untuk ko berfikir lebih agresif...dah takde masa nak pertimbangkan pemikiran subjektif atau objektif..tetapkan target..at least tahun depan ko sambut birthday sebagai seorang puteri umno mungkin..tapi kalau puteri pas pun aku tak kata apa..

Eye cream untuk penentang garis-garis kedut

Di kala usia masuk suku abad ni, kita berdiskusi secara serius nak?? kah kah kah...aku tau, ko mesti ada starategi tersembunyi dalam mencari kerja tu kan..Aku syak dalam diam-diam ko dah apply kerja kat Dubai..Hahahaha..Apa pun usaha ko, aku harap ko usaha la sungguh-sungguh..Beranikan diri mencuba nasib kat tempat orang..Kita kan dah besar..Mana lah tau rezeki ko kat Penang..Boleh kita wat trip jelajah ke Penang plak lepas ni..Hehehe..

Sesi aduan rakyat

Aku hangin je dengan soft yang pemurah tak bertempat ni..Dah macam bank rakyat aku tengok..sume nak pinjam duit kat dia..Dia pulak main bagi je..Dengan alasan, kalau kita tolong orang, nanti kita di murahkan rezeki..Pfff!!! Bila aku bising, dia cakap aku kedekut..Hangin nya aku!!!

Dah kalau orang yang sama pinjam duit 3ratus setiap bulan, sapa leh sabar beb!! memang la beliau bayar balik..tapi nanti dia jadikan soft tu tempat bergantung harap pulak..bila takde duit je cari soft..bila takde duit je cari soft..ko ingat dia tu bank rakyat?? oh pelis..tu baru sorang..belum citer yang orang orang lain lagi..Biarlah orang nak cakap aku kedekut ke apa..tapi kitorang ni nak kawin..banyak duit nak pakai..Dia save duit bukan untuk bukak kaunter pinjaman wang..Masyarakat ni pulak, sekali orang bagi pinjam, dia pun terus nak pinjam lagi tiap-tiap bulan..watdehel!!

p/s:Sebagai langkah drastik..aku amik balik sume kad bank dia..duit makan aku bagi 5 ringgit sehari..demn! kalau la aku boleh buat macam tu..