BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

itu aku yang rasa

jangan kata keadaan yang memaksa
-bila kenyataannya kita tak pernah faham
apa itu "hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih"

July 28, 2010

bbb

Selain dari word 'haram j' atau maksud mendalamnya 'haram jadah', kitorang juga sangat mengemari word bbb di ambang 20an ini..kah3..apa kah itu bbb?bukan balck blue berry made in china k..tapi Bang Bang Boom..Kenapa Bang Bang Boom? Mari kita kupas isu ni..ayuh!

Dalam usaha nak menceriakan hubungan persahabatan yang dah hambar, suam-suam kuku, maka tercetuslah gurauan-gurauan dewasa lagi berilmiah orang kata..Ceh!! Oleh kerana kepakaran yang takde tolok tanding yang ada pada kitorang adalah menipu sambil berlakon, maka memg sesuai sangat lah nak buat bang bang boom kat target2 yang dah di aim..Kah3..

Kebiasaanya, yang paling biasa kena bang bang boom ni tak lain dan tak bukan adalah Balqis...Tak perlu lah nak explain kenapa dia yang selalu kena..Kalau nak buat bang bang boom kat orang lain pun dia jugak yang kena..Maklumlah, balqis insan qudus..

Tapi langit tak selalu cerah, chewah..oleh sebab beberapa ahli geng dah panas hati sebab yatie asyik buat bang bang boom kat orang je..maka, ada satu pakatan tercipta untuk meng'bang bang boom' kan yatie..Tapi, dek kerana nak mengenakan founder bang bang boom bukan mudah ya kawan2..makan satu plan yang mantop lagi jitu telah di plan baik punyer sebulan lebih awal..kah3..gila semangat!

Ni semua terjadi bila yatie meng'bang bang boom' kan aku dengan mengaku yang dia dah join tabligh..WTH!! aku dah terbayang dia dengan celak, jubah hitam and jadi bini no 3 kepada abuya..Yatie siap suruh aku berubah lagi..berpeluh2 aku..mentang2 la aku jahiliah..Ohhh!! Di saat kepercayaan aku dah mencapai 99.9%, baru lah dia reveal yang dia meng'bang bang boom' kan aku..demn..demn..demn..Aku pun apa lagi..terus cari Balqis yang senasib dengan aku untuk buat pakatan REVENGE!!

Bukan senang nak tipu otai macam yatie neh..Plan harus lah nampak murni, tulus dan berpijak pada bumi yang nyata..Setelah brainstorming dengan mengunakan critical thinking..Maka tercetus lah idea yang bernas di irigi gelak setan..kah3..Memang aku ngan Balqis yakin dan berpuas hati dengan idea tuh..Memang yatie akan percaya..Korempem!!!

So, plan nya ialahhh.....aku cakap kat yatie supaya dia temankan aku kat rumah hari Sabtu petang..Sebab ada rombongan merisik...Arakian aku yang dah 5 tahun berlovey dovey dengan pakwe ku..adalah logik kalau dia datang merisik kan...Yatie pun excited telebih..Hahahaha..Maklumlah...mana ada lagi kengkawan kitorang yang dah risik, tunang, nikah, sanding, bagai..i jadi yang first gitu..Kawan mana la yang tak excited kan..Kah3..

Mengikut perancangan awal, aku nak je suruh dia buat kek coklat moist gebu tuh..Tapi setelah bincang2 balik..macam keterlaluan pulak bila suruh dia buat kek bagai..Maka, plan kek coklat moist gebu di batalkan..

Banyak sangat halangan nak menjayakan misi nih sebenarnya..Yelah...niat jahan memang tuhan tak redha..T____T..Aku pernah hampir terkantoi bagi mesej kat yatie..Masa tu nak bagi mesej kat Balqis, tapi terbagi kat yatie pulek..Haru!!!! masa tu hanya beberapa jam je sebelum misi bang bang boom terlaksana..chewah..lepas aku tau aku tersilap hantar mesej, aku terus baling anset bawah katill..Takut!!!! spoil habis!! pastu aku terus call balqis..Balqis suruh aku check dulu apa yang aku send kat yatie..Lepas check, aku menarik nafas lega selega lega nya..Sebab mesej yang aku salah bagi yatie tu adalah mesej jiwang yang aku nak hantar ke En. Sof..Mak legaaaa...

Untuk menampakkan ke'real'an sesi bang bang boom ni, aku selalu lah bagitau yatie yang aku neves..siap mintak pendapat nak pakai baju apa di hari 'bersejarah' kelak..Kah3!! Siap tanya yatie, adakah perlu aku angkat dulang air macam dalam drama TV..Dan seperti biasa, yatie pun bagi la tips2 n petua2 bagai..Nak tergelak aku weh..Hahahaha..Balqis pulak ada peranan dia jugak..Balqis pun buat2 macam tak percaya aku nak dirisik..Konon2 aku ni tipu Balqis la..Ni bertujuan untuk mengelakkan kitorang nampak macam berkomplot..Kah3..Memg hebat gler la plan ni..Kah3..

Di hari yang konon2 sesi merisik tu nak jadi, kebetulan masa tu ada kenduri kat rumah sedara fizah..Oh, ya..Fizah pun terbabit secara tak lansung dalam Bang Bang Boom ni..Walaupun fizah hampir2 pecahkan rahsia kitorang sebab tak sanggup tengok yatie yang tak sabar-sabar dah nak pergi 'majlis merisik'..Naseb baek aku sempat bagi jelingan tajam serta amaran keras kat Fizah..Hahahah..

So, kitorang plan nak bagitahu hal sebenar n ucapkan kata-kata 'BANG BANG BOOM' kat yatie, masa kat kenduri fizah tu nanti..Aku pun pergilah kutip yatie kat rumah dia sebab rumah kitorang satu jalan nak ke rumah fizah tu..Aku dah berpeluh2 nak berhenti kat rumah yatie ni..Kebetulan Balqis pun dah ada kat rumah Yatie sebab nak gerak sama2..Yatie pulak pergi bagitahu mak dia yang ada orang nak merisik aku hari ni..Aiseh..aku lemah betul nak menipu orang tua ni..Sudahnya, masing2 sengih kambing je..Kitorang cepat-cepat keluar n menuju ke lokasi kejadian..Kah3

Rasanya masa tu kitorang dah tak tahan nak meluahkan apa yang kitorang sorok ni dari yatie..Yelah..selama ni kitorang menipu dalam ym..dalam msg..Bila berjumpa depan2 memg payah bebenor nak menipu..Kah3..rasa kesian pun ada tengok yaatie yang dah excited gler tu..Kah3..Yatie siap pesan supaya jangan makan banyak2 kat kenduri ni sebab nak makan kat kenduri rumah aku pulak..Kah3..Mula2, kitorang macam tak tahu nak bagitahu macam mana..Tapi macam ni lah lebih kurang dialog dia..

Aku: "Yatie, nanti masa mak dia datang nanti aku nak duduk mana?..." aku tanya dengan s
uara sayu campur gelak yang di tahan..

Yatie: "Ko duduk la dalam bilik..Kalau diorang nak tengok kau, baru ko keluar.." yakin suara yatie..

Sampai part ni kitorang sume dah tak leh tahan dengan kepercayaan yatie pada tipu muslihat kitorang..First time okeh yatie tertipu!!! Selama ni dia kebal..Lantas kitorang pun jert berjemaah..

"BANG BANG BOOM!!!!"

Bila yatie dengan ayat keramat ni, maka pasrah lah dia..kau tertipu juga akhirnya yat..Kah3..


p/s: Esoknya yatie sakit perut..Penangan bang bang boom

0 comments: