BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

itu aku yang rasa

jangan kata keadaan yang memaksa
-bila kenyataannya kita tak pernah faham
apa itu "hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih"

July 26, 2010

Busy konon..

Ada pepatah cakap, semakin anda tua, semakin anda busy..KAH3..memandai..Sebenarnya, semakin anda tua, semakin banyak komitmen anda, semakin berat tanggungjawab anda, semakin banyak garis2 halus tepi mata..T____T...Tak kisah la apa yg korang jadi bila korang dewasa, semuanya ada komitmen yang berbeda2 gitu..Hatta surirumah sekalipun, komitmen diorang tinggi tau!

Oleh yang demikian, semakin kurang lah masa kualiti yang di habiskan dengan teman2..Sebab kebanyakkan masa yang terluang nak di habiskan dengan pakwe2 la..nak qada' tido yang dua minggu lepas la..nak pergi basuh kereta la..So, akibatnya, bila member2 ajak keluar, maka keluar lah alasan.. "aku busy la..." ..demn..

Disebabkan kita dengan kawan kita kerja nya lain2..ada yang jururawat..ada yang jurubanci..jurumakmal..jurucakap..jururunding..jurutaip..Maka masa lapang nya pasti beda2 gitu..Ada yang cuti hari sabtu, ada hari Jumaat..ada yang balik office pukul 4.30..ada yang balik pukul 8..ada yang tak balik lansung..(tu kalau part time kat rumah urut)..Tempat kerja pulak jauh2..Sorang kat Nilai, sorang kat Kuantan, sorang kat Kubang Kerian..Guaner la nak meluangkan masa bersama teman2 kan..

Bila tak dapat jumpa, so media2 lain akan di jadikan ruang update gosip terbaru..SMS la selalunya..tapi ada jugak yang selalu taknak topap bila kredit dah expired..So, terbantut lagi komunikasi di situ..Seiring dengan perkembangan semasa, chewah..Masing2 pun dah punya berukbeng sendiri..So, conference kat ym dan meroyan di facebook dah jadi menu utama..Malangnya, bila ada konflik, tiba2 kena delete dari friendlist pulak....tak pun tetiba streamyx kena petir pulakkkkkk...Terputus lagi komunikasi..Walaweeehhh...getir sungguh persahabatan jarak jauh ni..

p/s: macam mana la orang yang bercinta jarak jauh tu yer...macam ni gak ke?

0 comments: